
Home
Announcements
Adlinna, 12 hours ago.
TEMPOH PERCUMA PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN SSM BIZTRUST TELAH DILANJUTKAN!!
General

Adlinna, Friday, December 7, 2018
SSM BizTrust tingkat keyakinan pengguna
General

Adlinna, Thursday, November 1, 2018
Pendaftaran dan Pembaharuan SSM BizTrust PERCUMA sehingga 31 Mac 2019
General

Adlinna, Wednesday, September 19, 2018
BH Online | Pelajar antara mangsa penipuan dalam talian
General
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,263 aduan penipuan jualan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor turut membabitkan mangsanya dalam kalangan pelajar.
Timbalan Pengarahnya, Azman Adam, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 696 aduan berkaitan penipuan dalam talian yang sebahagian besarnya diterima daripada pelajar sekolah.
Katanya, menerusi kajian ringkas dilakukan KPDHEP, pelajar adalah pengguna yang cenderung membeli barangan dijual dalam talian pada harga rendah berbanding di pasaran.
"Faktor itu menjadikan pelajar mudah terpengaruh. Pihak kami berusaha membantu menyelesaikan masalah penipuan berkenaan dengan syarat syarikat berkenaan berada di negara ini.
"Jika membeli di laman portal tempatan berdaftar, pihak kami dapat membantu, namun jika barangan dibeli di laman sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya, kami tidak dapat memberi jaminan memandangkan penjual mungkin menggunakan akaun serta wajah profil palsu.
"Jadi, sebagai pengguna seharusnya bijak memilih dan membeli barangan diinginkan kerana memang hasrat KPDNHEP ingin melahirkan pengguna bijak," katanya selepas merasmikan penutup Karnival Pengguna Peringkat Kebangsaan 2018 di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Lebih 20 sekolah menyertai karnival berkenaan. Yang turut hadir, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya,
Sementara itu, Ghumiat Kamdi berkata, pihaknya turut berhajat menjadikan program berkenaan sebagai acara tahunan dan penyertaan terbuka kepada semua sekolah di negara ini.
Katanya, kemahiran berniaga perlu diwujudkan antara kolej dan pihak luar kerana ia mampu melahirkan generasi berpengetahuan kepenggunaan serta mampu mengendalikan perniagaan.
"Sekurang-kurangnya ia dapat memberi impak positif dan pendedahan serta rakan baharu kepada pelajar ini," katanya.
Oleh Saadiah Ismail
BH Online
Adlinna, Tuesday, April 3, 2018
BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENIAGA ATAU PENGUSAHA DALAM TALIAN!!
General

SSM Tweet feed
Help Desk
Tel: 603-77214000
Email: enquiry@ssm.com.my
Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur.