Home

Announcements

TM
Teh Amirah, Wednesday, May 27, 2020

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ! DAFTAR SEKARANG !

General
TM
Teh Amirah, Tuesday, June 23, 2020

PASTIKAN BIZTRUST, BARU BELI !

General
TM
Teh Amirah, Thursday, January 9, 2020

Terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun 2019 !

General
TM
Teh Amirah, Wednesday, December 11, 2019

Sesi SSM BizTrust One-to-One Coaching bagi tahun 2019

General
TM
Teh Amirah, Monday, August 19, 2019

Kes penipuan perniagaan dalam talian membimbangkan

General

   

 

PUTRAJAYA 15 Ogos- Kes penipuan perniagaan dalam talian semakin membimbangkan kerana kini berada di kedudukan pertama carta aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap bulan pihaknya menerima kira-kira 2,500 aduan pengguna dan sebanyak 26.2 peratus merupakan aduan penipuan perniagaan dalam talian.

“Biasanya di kedudukan teratas carta aduan pengguna ialah melibatkan kes kenaikan harga barang namun, pada bulan lalu situasi berubah dengan aduan mengenai penipuan perniagaan pula di atas.

“Oleh sebab itu, saya melihat perlindungan kepada pengguna untuk sebarang urusan dengan peniaga dalam talian perlu diberikan keutamaan ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Saifuddin Nasution melancarkan aplikasi MyPay iaitu perkhidmatan digital yang menawarkan kemudahan menyemak baki pinjaman, membuat bayaran pinjaman serta pelbagai kemudahan lain.

Menurut Saifuddin Nasution, sektor perniagaan dalam talian ketika ini semakin berkembang dan sekiranya masalah penipuan tidak dibendung ia akan menjejaskan hasrat kerajaan merancakkan bidang ekonomi digital.

“Bagi membendung masalah ini, kementerian telah meningkatkan penguatkuasaan selain turut memperkenalkan BizTrust bagi mendaftarkan setiap syarikat yang menjalankan perniagaan dalam talian.

“Sehingga kini, kira-kira 3,000 syarikat telah berdaftar dengan BizTrust. Kita sasarkan lebih banyak syarikat membuat pendaftaran kerana mereka akan mendapat pelbagai manfaat berguna,” katanya.

Selain itu katanya, secara dasarnya segmen perniagaan dalam talian menjanjikan keselesaan kepada peniaga dan juga pembeli namun, berlaku perlanggaran etika oleh peniaga sehingga menyebabkan pengguna membuat aduan.

“Ada pelbagai aduan yang diterima dalam sektor ini, antaranya pengguna mendapat barang berlainan daripada yang dibeli, barang rosak, tempahan tidak sampai dan lain-lain masalah lagi,” katanya.

Mengulas mengenai MyPay yang disediakan oleh Dapat Vista Sdn. Bhd., Saifuddin Nasution berkata, perkhidmatan itu merupakan inisiatif berguna dan bersesuaian kerana dapat memudahkan segala urusan pengguna.

“Kesenangan pengguna menjadi keutamaan dalam segala usaha yang kita lakukan di kementerian. Kita juga sentiasa komited untuk menjadikan perkhidmatan kerajaan semakin mudah untuk rakyat,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Pages: 1  2  3  

Monitoring BizTrust seals 

  1. Once a BizTrust Seal is issued, the online trader may continue to display the seal on its website and will have to renew the assurance seal periodically. 
  2. The monitoring of BizTrust Seal may depend upon the online trader’s operation; the frequency of changes to the online trader’s systems and policies; and the professional judgement of Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. However, if the online trader is no longer in compliance, the online trader must remove the seal from its web site. 
The seal will remain valid for one year, plus a ninety day grace period, unless it is revoked or suspended. The grace period is provided to allow sufficient time for completing the follow-up review.
If SSM determines that the online trader’s systems, policies and disclosures fail to comply with the BizTrust Services Principles and Criteria at any time or if the online trader fails to renew the seal through a follow-up review at the end of one year, SSM will immediately notify the online trader and advise that the seal must be removed from the online trader’s web site and any printed or online materials.
SSM may restore a BizTrust Services Seal after it has been revoked or suspended if an unqualified report can be rendered. SSM may either reinstate the original report if it is once again accurate or issue a new report.

Download

SSM Tweet feed

Help Desk

Tel: 603-77214000
Email: enquiry@ssm.com.my

Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur.