News

Announcements

AN
Adlinna, Friday, May 17, 2019

Jom Ambil Tahu!

General

 

Info daripada https://www.facebook.com/mykpdnhep/photos/a.228805737462296/872943729715157/?type=3&theater

AN
Adlinna, Wednesday, April 3, 2019

Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Sepanjang Suku Tahun Pertama 2019

General

Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang menyertai 'SSM BizTrust One-to-One Coaching' dan program-program yang dijalankan bersama rakan strategik SSM serta semua komuniti SSM BizTrust yang telah berdaftar sepanjang suku tahun pertama 2019.

Nantikan maklumat terkini dan program-program yang bakal diadakan melalui portal SSM BizTrust atau Laman Rasmi Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) https://www.facebook.com/ssmofficialpage/

AN
Adlinna, Monday, February 18, 2019

TEMPOH PERCUMA PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN SSM BIZTRUST TELAH DILANJUTKAN!!

General
AN
Adlinna, Friday, December 7, 2018

SSM BizTrust tingkat keyakinan pengguna

General
AN
Adlinna, Wednesday, September 19, 2018

BH Online | Pelajar antara mangsa penipuan dalam talian

General

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,263 aduan penipuan jualan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor turut membabitkan mangsanya dalam kalangan pelajar.

Timbalan Pengarahnya, Azman Adam, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 696 aduan berkaitan penipuan dalam talian yang sebahagian besarnya diterima daripada pelajar sekolah.

Katanya, menerusi kajian ringkas dilakukan KPDHEP, pelajar adalah pengguna yang cenderung membeli barangan dijual dalam talian pada harga rendah berbanding di pasaran.

"Faktor itu menjadikan pelajar mudah terpengaruh. Pihak kami berusaha membantu menyelesaikan masalah penipuan berkenaan dengan syarat syarikat berkenaan berada di negara ini.

"Jika membeli di laman portal tempatan berdaftar, pihak kami dapat membantu, namun jika barangan dibeli di laman sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya, kami tidak dapat memberi jaminan memandangkan penjual mungkin menggunakan akaun serta wajah profil palsu.

"Jadi, sebagai pengguna seharusnya bijak memilih dan membeli barangan diinginkan kerana memang hasrat KPDNHEP ingin melahirkan pengguna bijak," katanya selepas merasmikan penutup Karnival Pengguna Peringkat Kebangsaan 2018 di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Lebih 20 sekolah menyertai karnival berkenaan. Yang turut hadir, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya,

Sementara itu, Ghumiat Kamdi berkata, pihaknya turut berhajat menjadikan program berkenaan sebagai acara tahunan dan penyertaan terbuka kepada semua sekolah di negara ini.

Katanya, kemahiran berniaga perlu diwujudkan antara kolej dan pihak luar kerana ia mampu melahirkan generasi berpengetahuan kepenggunaan serta mampu mengendalikan perniagaan.

"Sekurang-kurangnya ia dapat memberi impak positif dan pendedahan serta rakan baharu kepada pelajar ini," katanya.

 

Oleh Saadiah Ismail

BH Online

Pages: 1  2